Runsing setiap kali ke IJN, Sinar Harian, 01 Mar 2014

Setiap kali tengok tarikh temu janji, pakcik akan memikirkan bagaimana mahu mencari wang perbelanjaan untuk ke Institut Jantung Negara (IJN).

Kata Abu Bakar Hasan atau lebih mesra disapa Pok Ali, 47.Dia terpaksa memperuntukkan kira­kira RM600 setiap kali berulang alik dari Kuala Terengganu ke IJN, Kuala Lumpur untuk rawatan anaknya, Nur Hidayah, 7, yang disahkan menghidap masalah injap sejak berusia dua bulan, Abu Bakar berkata, paling banyak pendapatan yang diperoleh sebagai tukang urut sebanyak RM500 sebulan dan pastinya jumlah itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan perbelanjaan yang perlu dikeluarkan.

“Pakcik perlu berjimat kerana setiap enam bulan sekali, pakcik kena bawa Hidayah ke IJN untuk pemeriksaan. Isteri, Rusiah Mokhtar, 42, pula tidak bekerja kerana perlu beri perhatian sepenuhnya kepada Hidayah. “Tetapi Alhamdulillah, setelah tujuh tahun melalui saat genting begini, banyak perubahan positif yang ditunjukkan Hidayah,” katanya ketika menerima kunjungan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi di rumahnya di Kampung Paloh, di sini.

Pada 14 Mac depan, Nur Hidayah yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan Pulau Rusa, dijadualkan menjalani pembedahan bagi menyelesaikan masalah injap yang dihadapinya. Bagaimanapun kanak­kanak itu beruntung kerana segala kos pembedahan ditanggung kerajaan melalui Tabung Penyakit Kronik.

“Pakcik tak fikir sangat soal kos pembedahan kerana semuanya kerajaan tanggung, tetapi apa yang merunsingkan pakcik kos rawatan susulan termasuk perbelanjaan ke sana (IJN). Lagipun, Hidayah perlu minum susu khas setiap hari yang harganya mencecah lebih RM100 sebulan,” katanya. Abu Bakar bagaimanapun bersyukur kerana Jabatan Kebajikan Masyarakat memberi bantuan sebanyak RM650 sebulan kepada lima anaknya berusia 16 hingga 7 tahun yang masih bersekolah termasuk Hidayah.

Dalam pada itu, dia sekeluarga turut melahirkan kebimbangan berhubung tempat tinggalnya kerana tapak rumah PPRT yang didiami sejak 2008 bakal diambil semula pemilik asal “Pakcik sangat berharap kerajaan dapat bantu selesaikan masalah tempat tinggal kami 10 beranak terutama Hidayah yang memerlukan kediaman selesa,” katanya.

6. RunsingsetiapkalikeIJNSinarHarian01Mar2014
Abu Bakar (kanan) menjelaskan kepada Sabri mengenai penyakit anaknya ketika mengunjungi keluarga itu. Gambar kecil: Nur Hidayah.

K.K.L.I.U. 0142 / 2015