Latest News
IJN Terima Sumbangan RM60 Juta Bantu 3,000 Pesakit – Prof Ezani Hargai Peranan NGO & Ulang Tahun Tun Mahathir Ke-100
KUALA LUMPUR, 20 Julai 2025 – Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara (IJN), Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Ezani Md Taib menyatakan penghargaan mendalam kepada badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat Malaysia atas sokongan berterusan kepada IJN, terutama dalam membantu pesakit kurang mampu mendapatkan rawatan jantung.
Menurut beliau, IJN telah menerima hampir RM60 juta sumbangan sepanjang tahun 2024 yang telah dimanfaatkan untuk membantu lebih 3,000 pesakit, terutamanya kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah yang tidak memiliki perlindungan insurans.
“Kita sangat bersyukur kerana gabungan usaha bersama NGO serta penghargaan sempena ulang tahun ke-100 Tun Dr. Mahathir Mohamad ini adalah momen yang tepat. Tanpa mereka, ramai pesakit tidak akan dapat rawatan sewajarnya,” katanya.
Tambah Prof Ezani, dalam tempoh 33 tahun, IJN telah merawat hampir 6 juta pesakit, membuktikan kepakaran pusat jantung ini di peringkat antarabangsa, termasuk ketika Sultan Brunei menjalani pemeriksaan kesihatan baru-baru ini.
IJN turut merancang pembangunan fasa kedua, tahun hadapan dengan tambahan 150 katil, 4 dewan bedah, dan 4 makmal rawatan intervensi, bagi menampung keperluan pesakit dari dalam dan luar negara.
Bagi mereka yang ingin terus menyumbang, sumbangan boleh disalurkan melalui IJN Foundation, dengan sasaran kutipan RM40 hingga RM50 juta bagi tahun 2025 untuk pesakit tidak berkemampuan.
Keywords:
bantu pesakit jantung kurang mampu
FlagshipMedicalTourismHospitalProgramme
IJN
IJN 33 tahun rawatan
InstitutJantungNegara
NationalHeartInstitute
pembangunan fasa kedua IJN
pesakit jantung antarabangsa IJN
Prof Ezani Md Taib CEO IJN
rawatan jantung kanak-kanak Malaysia
SuaraTV
sumbangan IJN Foundation
sumbangan NGO IJN
ulang tahun Tun Mahathir ke-100