Published on 5 June 2025 | By Kosmo
Sultan Brunei Puji Perkhidmatan, Kepakaran IJN – Anwar
PETALING JAYA, 4 Jun (Bernama) — Kualiti perkhidmatan dan kepakaran petugas Institut Jantung Negara (IJN) mendapat pujian Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata Sultan Brunei amat berpuas hat dengan perkhidmatan dan kepakaran doktor di IJN sepanjang baginda dirawat di pusat perubatan itu.
Anwar berkata penghargaan it disampaikan secara peribadi ole Sultan Brunei ketika beliau menziarahi baginda di IN petang semalam sebelum baginda berangkat pulang ke Bandar Seri Begawan hari yang sama.
“Baginda menyatakan walaupun baginda mempunyai pengalaman dengan perkhidmatan kesihatan bertaraf antarabangsa dan akses kepada institusi perubatan terbaik dunia namun baginda amat berpuas hati dengan mutu khidmat, kecemerlangan serta keekapan doktor-doktor kita di IJN,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian pada Forum Ilmuwan Malaysia MADANI (FIM) Siri 6 di Menara Prasarana, di sini malam ini.
Anwar berkata pujian it seharusya menjadi dorongan kepada sektor kesihatan negara serta sektor lain untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan dan tidak sekadar berbangga dengan pencapaian sedia ada.
“Kita harus mengakui kelebihan dan kekuatan yang kita ada, tetapi pada masa sama perl memandang ke hadapan untuk bersaing secara sihat dengan negara lain. Jangan hanya puas hati, sebaliknya jadikan itu motivasi untuk terus menambah baik,” katanya.
Sultan Hassanal Bolkiah, 78, tiba di Malaysia pada 25 Mei lepas untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN
ke-46 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 dan 27 Mei.
Baginda dilaporkan berehat di IJN pada 27 Mei kerana keletihan.
Read More Articles
🔗 Kolej IJN dinaik taraf jadi Kolej Universiti IJN
🔗 Malaysia’s first paediatric LVAD successfully performed
🔗 Sultan of Brunei impressed with IJN doctors: PM
🔗 IJN menarik pasien internasional cari rawatan kelas dunia
🔗 IJN becomes first in Southeast Asia to implant dual-chamber leadless pacemaker